PENGENALAN


En. WAN SAIFUL HAFEZ BIN AMRAN ialah seorang ahli politik dan usahawan yang berjaya dalam kariernya. Beliau merupakan seorang pemegang Ijazah Perakaunan (Hons) dan mempunyai pengalaman bekerja sebagai seorang akauntan selama 5 tahun sebelum nekad untuk membuka empayar perniagaannya sendiri.

Beliau merupakan anak sulong daripada 3 orang adik beradik dan mempunyai perwatakkan yang ceria dan mudah mesra dengan semua orang. Walaupun begitu, beliau amat tegas dalam membuat sebarang keputusan. Beliau terkenal dengan kelantangan bersuara dan mementingkan ketelusan, integriti, dan komitmen dalam menjalankan tanggunjawab.

Beliau memulakan penglibatan dalam politik secara tidak rasmi sejak 1998 sebelum membuat keputusan menyertai UMNO Bahagian Cheras pada tahun 2014. Sepanjang penglibatan beliau bersama UMNO, beliau telah menjawat beberapa jawatan penting. Beliau merupakan mantan Ketua Pemuda UMNO Cawangan JKR Kuarters untuk tempoh 2014 - 2018 sebelum dipilih oleh perwakilan UMNO Bahagian Cheras untuk menjawat Jawatan AJK UMNO Bahagian Cheras (2018-2021), AJK Pemuda UMNO Bahagian Cheras(2018-2021), Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Cawangan dan AJK UMNO Cawangan.

Keterampilan beliau yang suka membantu menjadikan beliau seorang yang dilihat mempunyai kredibiliti sebagai seorang pemimpin yang disegani dikalangan ahli UMNO disekelilingnya. Beliau juga telah banyak menyertai program-program CSR, dan terlibat secara langsung dalam beberapa siri membantu mangsa banjir, membantu anak-anak yatim dan asnaf dan juga terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Admin

Comments